Halaman

Rabu, 30 Mac 2011

X-PAX,,, semuanya ditangan anda. anda pilih la secara bijak,, semuanya dari diri anda... anda bijak anda dapat, dapat apa yang anda buat..

dugaan, DUGAAN,,

um,,, dalam usaha memulakan perniagaan ini, memang banyak cubaan dan rintangan yang mendatang..

bukan senang nak senang,untuk berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah bertungkus lumus dan bersengkang mata siang dan malam barulah dapat menikmati kesenangan. namun mengapa ada saja manusia yang mempunyai perasaan iri hati dan sifat dengki mendengki.. sehingga sanggup menggunakan sihir untuk menjatuhkan. Namun syukur alhamdulilah,kami masih di lindungi oleh yang menciptakan kami..sesungguhnya Allah maha mengetahui, dan sentiasa bersma orang2 yang sabar..setelah hampir jatuh,kami bangun semula dengan semangat yang baru..kerana kami percaya rezeki masih berpihak pada kami..dan kami anggap segala yang meninpa kami adalah ujian dari Allah s.w.t..kami redha menerimanya. 
Mengapa orang melayu tiada kesepakatan untuk bersatu, bersaing dengan cara yang sihat, dan bantu membantu, tetapi mereka hanya berfikir untuk menjatuhkan orang lain..mengapa mereka tidak mahu berfikir macam mana orang lain boleh maju...sedarlah wahai orang2 yang mempunyai perasaan hasad dengki,sesungguhnya rezeki di tangan tuhan,kita hanya mampu berusha dan berdoa. Usaha mestilah dengan hati yang ikhlas,bukan untuk mencari kekayaan atau keuntungan semata2 tapi kerana ingin membantu orang lain,insa Allah,segala usha kita pasti akan di berkati.
Wahai orang islam yang beriman, fikirkanlah, hidup ini ada hukum karma,
setiap apa-apa perkara yang kita lakukan, akan ada balasan, sama ada baik atupun buruk,
tuhan maha adil, dan maha mengetahui,  maha pengasih lagi maha penyayang..sedarlah bahawa Allah tidak suka kepada orang yang mempunyai hasad dengki..
kita hanyalah manusia yang amat kerdil dimuka bumi yang luas ini, dan janganlah terlalu sombong dan angkuh..dan hayatilah surah AL ASR...yang bermaksud " sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali manusia yang beriman dan beramal soleh serta berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 dengan sabar. waullahualam...